Isnin, 8 November 2010

CATATAN EMASKU

Sabtu (6hb. Nov 2010): Semasa warga kota masih sibuk bercuti sempena Deepavali, saya telah mengambil kesempatan untuk menghadiri ‘Seminar Peluang Perniagaan Emas’ di cawangan Public Gold.
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3), Mentari Business Park, Bandar Sunway, Subang Jaya.
Sebenarnya peluang ni dah lama saya nantikan walaupun dah bergelar  Dealer PG sejak September 2010 yang lepas tapi tak pernah berkesempatan menghadiri seminar ni lagi. Peluang ni juga saya membawa wife bersama...apa lagi... bukan main seronok dapat turut serta J
Kalau ikutkan...seminar-seminar yang telah dianjurkan sebelum ni memang full house sebab tu sampai kat sana seawal  jam 10.00 pagi,  dapat lah kerusi...tu pun kat belakang, depan dah penuh...then masa jam menunjukkan 10.30 pagi memang betul sangkaan saya...house dah full...tak muat dah, mujur En. Syukor prihatin then announce for the second session  akan diadakan pada 12.30 tengahari.
Itulah realitinya!...menunjukkan orang ramai dah mula sedar tentang ‘ilmu emas’, walaupun sebenarnya masih ramai yang tak sedar...
Menariknya seminar kali ni ada extra penceramah...Dr. Azahari Othman mungkin tak ramai yang kenal nama tu...tapi kalau sebut Dr.Luv pasti ramai yang kenal...salah pakar motivasi di negara kita.
Banyak sebab musabab mengapa kita perlu dan wajib... membeli seterusnya menyimpan emas (akan saya nyatakan dalam posting yang akan datang...) dan kalau ada peluang berniaga emas...semua ni diterangkan oleh En. Syukor (admin www.jutawanemas.com) semasa seminar tersebut. Dr. Luv pula menerangkan bagaimana konsep M.A.S.K boleh diterapkan dalam diri untuk menjadi seorang usahawan atau nak jadi apa-apa ajer lah yang kita impikan....semua disampaikan secara percuma!...teringat kata Dr. Luv ni bukan MLM atau SISTEM CEPAT KAYA yang kena datang dengar then kene beli atau jadi ahli...semua orang fobia dan melarikan diri...
Lebih kurang  2 jam mendengar ceramah oleh En. Syukor dan Dr.Luv...dapat saya simpulkan...untuk menjadi Penyimpan, Pelabur dan Peniaga emas..kita perlu mendalami dan faham tentang ‘ ILMU EMAS’ ...barulah ader rasa cinta kepada emas J
Pesanan: Hidup di dunia serba maju ini, maklumat semua dihujung jari anda...type jer lah kat google atau  enjin carian lain di internet...anda akan diberikan 1001 jawapan tentang ‘EMAS’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan